Piagam Pelanggan Pengimejan Diagnostik

Kami berikrar akan memberikan perkhidmatan yang cepat dan bermutu tinggi berlandaskan ciri-ciri perkhidmatan penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan :

1.   Setiap pelanggan akan dilayan mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.

2.   Setiap pelanggan diberi jaminan bahawa kehormatannya akan sentiasa terpelihara semasa menjalani pemeriksaan x-ray.

3.   Setiap pelanggan yang memerlukan temujanji akan diberi tarikh yang sesuai serta penerangan tentang prosedur persediaan sebelum pemeriksaan x-ray dijalankan.

4.   Setiap pelanggan akan diberi penerangan jelas mengenai prosedur pemeriksaan x-ray yang akan dijalankan termasuk risikonya.

5.   Setiap pelanggan akan diberi perlindungan radiasi semaksima semasa pemeriksaan dijalankan.

6.   Semua maklumat mengenai hasil pemeriksaan hanya akan diberitahu kepada pegawai terlibat dalam rawatanya atau kepada pihal-pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada peruntukan undang-undang.

7.   Purata tempoh masa untuk menjalani pemeriksaan x-ray biasa mengambil masa 25 minit tertakluk kepada beban kerja pada sesuatu masa.

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim