Aluan Pengarah

          dr adi

 

 

 

 

Dr. Adi Azhar Abdul Razak

Pengarah MDUUM

 bismillah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat datang saya ucapkan ke laman web rasmi Medical Diagnostic Universiti Utara Malaysia (MDUUM). MDUUM merupakan salah satu Unit Perniagaan Strategik (Strategic Business Unit) di UUM. Di sini, MDUUM berperanan penting dalam mengenalpasti kesihatan seseorang individu dalam tahap tertentu melalui pemeriksaan daripada gabungan dua unit iaitu Unit Makmal Diagnostik dan Unit Pengimejan Diagnostik. Justeru, adalah menjadi matlamat MDUUM untuk menjadi sebuah organisasi yang cekap dan tepat dalam menjalankan tugas.

Melalui laman web ini, MDUUM akan cuba untuk memberikan maklumat berkaitan kepada pengunjung. Saya berharap laman web ini menjadi sumber rujukan berguna bagi para pengunjung web ini. Saya mengalu-alukan cadangan dan pandangan positif bagi memantapkan lagi kandungan laman web ini untuk manfaat semua pihak. Saya bagi pihak warga kerja MDUUM mengucapkan terima kasih dan selamat melayari laman web MDUUM.

 

 

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim