Latar Belakang MDUUM

 

Medical Diagnostic Universiti Utara Malaysia (MDUUM) adalah sebuah Strategik Business Unit (SBU) yang diluluskan penubuhannya pada Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti (MEU) ke 154 Bil. 12/2009 bertarikh 25 November 2009. Secara rasmi MDUUM mula beroperasi pada 01 Disember 2009.

MDUUM merupakan gabungan dua unit iaitu Unit Makmal Diagnostik dan Unit Pengimejan Diagnostik di bawah satu pengurusan. Tujuan utama penubuhan adalah untuk menjana kewangan kepada universiti. Unit Makmal Diagnostik menyediakan perkhidmatan ujian ke atas sampel darah dan air kencing.  Ujian merangkumi ujian kimia hayat, immunologi, dadah, hematologi, hormon dan lain-lain lagi. Ia bagi mengenalpasti penyakit kencing manis, masalah jantung dan buah pinggang, kolesterol, pelbagai jangkitan kuman dan virus dan lain-lain lagi serta dalam proses mempertingkat dan memperkembangkan perkhidmatan.

Unit Pengimejan Diagnostik menyediakan perkhidmatan pengimejan perubatan yang menggunakan sumber X-ray secara holistik bagi merakam struktur internal badan untuk pendiagnosaan penyakit, menentukan tahap kesihatan individu dan lain-lain. Skop pemeriksaan yang dijalankan adalah merangkumi pemeriksaan X-ray biasa, pemeriksaan X-ray kecemasan dan trauma, pemeriksaan kesihatan serta X-ray Khas IVU (Intravenous Urography). Perkhidmatan pemeriksaan X-ray yang dijalankan di sini adalah untuk pelajar, kakitangan, tanggungan kakitangan dan masyarakat awam.

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim