MDUUM Online: Hari Diabetes Sedunia 2013

 

hari diabetes

Tanggal 25 November 2013, berlangsungnya program Hari Diabetes Sedunia 2013 yang dijayakan dengan kerjasama Medical Diagnostic Universiti Utara Malaysia (MDUUM) dan Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Utara Malaysia (PKU UUM). 

Secara objektifnya, program ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran mengenai tanda-tanda awal diabetes dan menggalakkan diagnosa awal, menggalakkan pengurangan faktor risiko, dan mengelakkan pelbagai komplikasi berkaitan diabetes. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti pemeriksaan kesihatan percuma, forum kesihatan, jualan produk kesihatan, lawatan pameran kesihatan, dan program derma darah yang dikendalikan oleh Hospital Besar Kangar, Perlis. Penglibatan syarikat luar selaku penaja program memeriahkan lagi acara pada hari tersebut antaranya MerckSerono Sdn Bhd (penaja forum), MSD Malaysia (penaja forum), PHARMANIAGA Logistics Sdn Bhd, Pfizer (M) Sdn Bhd, Novartis Corporation (M) Sdn Bhd, KINSMEDIC Sdn Bhd, Fleximed Enterprise, CCM Pharmaceutical Sdn Bhd, JAYA RAYA Sdn Bhd, Suhaili Optometrists (Jitra), dan Royal Sweetener Stevia (RCC).

Kemuncak acara program ialah Forum Kesihatan Diabetes bertajuk ?Lindungi Masa Depan Kita? yang disampaikan oleh dua orang ahli panel yang didatangkan khas daripada Hospital Sultanah Bahiyah dan Putra Medical Centre (PMC). Dr. Hasmanizzar Abdul Manap merupakan seorang pakar kardiologi dan Dr. Nur Shaffinaz Yusof Azmimerican seorang pakar endinopathy menyampaikan penerangan yang bermanfaat dan penuh makna pada lebih 120 orang peserta forum. Sambutan yang menggalakkan diberikan oleh warga UUM dan juga khalayak orang ramai.

Sehubungan itu, program Hari Diabetes Sedunia 2013 kali telah mencapai matlamat yang dikehendaki dan akan dijadikan sebagai program tahunan MDUUM dan PKU UUM kelak.

 

 

 

 

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim