MDUUM Online: Latihan Aplikasi Menggunakan ALOKA Prosound Ultrasound Machine

Pada 19/11/2013 hingga 20/11/2013 telah diadakan satu latihan aplikasi menggunakan mesin Aloka Prosound Ultrasound. Sesi latihan tersebut melibatkan warga kerja PTJ Medical Diagnostic Universiti Utara Malaysia (MDUUM) dan juga Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Utara Malaysia (PKUUUM).

Objektif latihan ini diadakan adalah untuk mempelajari dan memahami aspek pengendalian sistem mesin Aloka Prosound 6 (Ultrasound). Latihan ini telah memberi penjelasan kaedah operasi dan langkah-langkah keselamatan untuk menggalakkan pemahaman yang betul tentang fungsi dan meningkatkan penggunaan lebih berkesan. Penekanan aspek penggunaan yang berkesan telah memberi manfaat yang berguna kepada para peserta yang terlibat khususnya para Pegawai Perubatan, Juru X-ray, Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat.

Sesi pengajaran dikendalikan oleh pakar jurutera aplikasi dan perkhidmatan bertauliah daripada syarikat Perniagaan Acomed.

4

 

 

 

 

 

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim